Blogger Widgets

Berhenti Membeli-belah

Isnin, 30 April 2012

Berhenti membeli-belah, Mulakan Kehiupan

 Selamat sejahtera. Pada era globalisasi ini, pembangunan negara telah menyebabkan banyak pusat beli-belah dibina di negara kita terutamanya di bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Putrajaya dan sebagainya.Bilangan pusat beli-belah di negara kita semakin bertambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pusat beli-belah seperti Jusco, Pavilion, Berjaya Timesquare yang mempunyai kemudahan yang canggih seperti penghawa dingin, lif dan lain-lainnya telah menarik perhatian pembeli untuk bersiar-siardi pusat beli-belah tersebut.Terdapat banyak pembeli suka meluangkan masa mereka untuk bersiar-siar di pusat beli-belah dan menghabiskan wang mereka untuk membeli barang keperluan , barangan berjenama terutamanya pakaian berjenama.Tidak dapat dinafikan, mutakhir ini, terdapat banyak pengguna kad kredit mengalami muflis disebabkan menggunakan wang yang terlalu banyak semasa membeli-belah di pusat beli-belah sehingga mereka tidak menyedari mereka telah membeli melebihi kemampuan mereka. Akibatnya, mereka terpaksa meminjam daripada lintah darat dan tidak dapat melangsaikan hutang mereka. Rentetan itu ,untuk mengelakkan diri daripada menghadapi masalah kewangan, slogan 'Berhenti membeli-belah,mulakan kehidupan' perlu dijadikan pegangan dalam kehidupan kita.


     Walaupun membeli-belah dapat memenuhi keperluan kita dan menyeronokkan kita, tetapi kalau kita tidak berbelanja secara berhemah, kita akan menghadapi pelbagai masalah terutamanya masalah kewangan.Oleh sebab itu ,untuk mengelakkan pembaziran wang, kita perlu merancang perbelanjaan secara berhemah dan mengurangkan membeli-belah.Bak kata pepatah,' ingat sebelum kena,jimat sebelam habis'.Masyarakat juga perlu tidak menjadi hamba kepada nafsu ketika membeli-belah kerana ikut hati mati,ikut rasa  binasa.


    Persoalannya sekarang, apakah cara terbaik untuk kita berbelanja secara berhemah?Antaranya termasuklah:


 Menyenaraikan barang-barang yang wajib dibeli 

Sebelum kita keluar membeli barang, kita perlu menyenaraikan barangan yang hendak dibeli. Hal ini adalah untuk memastikan kita membawa wang yang secukupnya dan tidak membeli barangan yang tidak diperlukan. Selain itu,kita dapat menganggar bajet yang sedia ada.





2 Jangan membawa kad kredit
Jangan sesekali membawa kad kredit ke pusat beli-belah. Hal ini akan menyebabkan kita membeli barangan yang tidak diperlukan selain berbelanja lebih. 






Bawa wang yang secukupnya
Bawalah wang tunai secukupnya. Jangan membawa wang yang lebih daripada sepatutnya. Hal ini demikian kerana kita akan mudah membeli barangan lain setelah melihat wang yang masih berbaki di dalam dompet kita.






Elak membeli barang yang tiada di dalam senarai

Janganlah membeli barang yang tiada di dalam senarai. Jika kita rasa benda itu perlu,kita boleh  memasukkannya di dalam senarai bulan depan dan membeli pada bulan tersebut. 



5  Cuba tawar menawar harga barangan

Sudah tentu kita tidak boleh tawar menawar harga barangan di pusat beli-belah tetapi jika kita membeli barangan keperluan di pasar malam, kita boleh tawar-menawar harga barangan. Kita tidak akan rugi sebaliknya kita a untung kerana dapat mengurangkan perbelanjaan pada bulan itu.