Sebagai seorang pembeli yang bijak,kita perlulah selalu mengelakkan diri daripada ditipu oleh peniaga.
Untuk mengelakkan perkara tersebut,kita perlu mengetahui hak-hak pengguna.
Antara hak pengguna ialah:
1. Hak untuk mendapat keperluan asas.
2. Hak membuat pilihan
3. Hak mendapat makluamat yang benar.
4. Hak mendapat ganti rugi
5. Hak mendapat barang dan perkhimatan yang selamat.
6. Hak mendapat pendidikan kepenggunaan.
7. Hak bersuara
8. Hak mendapat persekitaran yang selamat
Selasa, 22 Mei 2012
Janganlah membazir wang untuk barang yang tidak sihat
Marcapada ini, terdapat banyak orang suka membazir wang untuk membeli barang-barang yang akan menjejaskan kesihatan badan.Bak kata pepatah,badan sihat otak cergas.Oleh itu, untuk menjimat wang dan menjaga kesihatan, kita perlu mengawal hawa nafsu semasa membeli-belah agar tidak membeli barang yang tidak diperlukan.
Contoh barang yang akan menjejaskan kesihatan manusia:
1 Snek dan gula-gula
Contoh barang yang akan menjejaskan kesihatan manusia:
1 Snek dan gula-gula
Seseorang yang makan terlalu banyak gula-gula dan snek mudah menghidapi penyakit kencing manis (Diabetes).Hal ini demikian kerana gula-gula dan snek mempunyai kandungan gula yang tinggi.
2 Rokok
Sekotak rokok bukan sahaja mahal malah mendatangkan banyak keburukan kepada manusia.Seseorang yang selalu merokok akan menghidapi kanser paru-paru, bronkitis dan sebagainya.
3 Makanan segera
Makanan segera merupakan punca utama obesiti manusia.Walaupun harganya mahal tetapi terdapat banyak orang suka membeli makanan segera kerana makanannya sedap.Walaubagaimanapun,makanan segera menjejaskan kesihatan manusia.
4 Minuman ringan
Minuman ringan mempunyai kandungan gula yang tinggi.Minuman ini juga menyebabkan manusia mudah manghidapi kencing manis.
5 Alkohol
Harga alkohol bukan sahaja mahal malah membawa banyak penyakit kepada manusia.Seseorang yang sering meminum alkohol akan menghidapi sakit jantung, batuk kering dan sebagainya.Selain itu,meminum alkohol juga melemahkan sistem pertahanan badan.

Ahad, 6 Mei 2012
Kebaikan Amalan Berbelanja Secara Berhemah
Pengguna yang bijak merupakan pengguna yang bijak dalam merancang perbelanjaan, melakukan perbandingan harga dan meneliti maklumat produk.Sebenarnya, amalan berbelanja secara berhemah sememangnya memberikan manfaat yang besar. Oleh itu, amalan ini perlu disuburkan dalam kalangan masyarakat.
Antara kebaikan amalan ini termasuklah:
1.Menjimatkan wang perbelanjaan
Dengan berbelanja secara berhemah,kita akan membeli barang yang perlu sahaja.Dengan ini, kos perbelanjaan setiap bulan akan dikurangkan.
2.Mengurangkan beban hutang
Jika kita berbelanja mengikut kemampuan,kita tidak akan menanggung sebarang beban hutang.Bak kata pepatah, ukur baju di bdan sendiri.Kehidupan kita pada masa depan akan lebih cerah jika kita tidak mempunyai beban hutang.
3.Membantu negara mengurangkan masalah inflasi
Inflasi bermaksud kenaikan harga barangan secara berterusan di pasaran. Permintaan masyarakat yang berlebih-lebihan akan menyebabkan kadar inflasi terus meningkat .Hal ini akan merugikan pengguna.Oleh itu , kita perlulah mengurangkan membeli-belah untuk mengurangkan masalah inflasi di negara kita.
4.Mengelakkan ditipu oleh penjual
Pembeli yang berbelanja secara berhemah akan membandingkan harga produk dan mendapatkan maklumat produk daripada media massa.Hal ini dapat mengelakkan penipuan daripada peniaga yang tidak jujur.
5.Menggalakkan amalan menabung
Dengan berbelanja secara berhemah, kita akan mempunyai baki wang perbelanjaan untuk disimpan.Simpanan ini dapat digunakan semasa waktu kecemasan.Dengan ini,masa hadapan kita dapat dijamin.
Sabtu, 5 Mei 2012
Panduan Membeli Barang Keperluan Harian
Dengan peningkatan harga barang,tindakan yang bijak perlu diambil semasa membeli-belah terutamanya membeli barang keperluan seharian.Tamsilnya, pakaian dan makanan.Membeli tanpa perancangan akan mewujudkan sikap boros dan membazir.Oleh itu, kita perlu mejadi pembeli dan pengguna yang bijak.
Berikutnya merupakan panduan membeli barang keperluan harian:
1. Membeli dalam jumlah yang banyak
Walaupun harga barang keperluan harian lebih mahal jika membeli dalam jumlah yang banyak tetapi jika dikira secara lebih terperinci, harganya lebih murah dan jimat. Contohnya, jika purata beras setiap bulan ialah 10kg, kita boleh membeli 10kg beras pada setiap hujung bulan. Lebih membazir jika kita membeli beras setiap minggu.

2.Merancang perbelanjaan
Sebelum keluar dari rumah, sediakan satu senarai barang yang perlu dibeli. Beli barang yang ditulis sahaja dan tidak terlebih beli. Dengan cara ini, kita dapat menjimatkan duit dan juga masa.3. Membeli pada awal bulan
Pada awal bulan merupakan waktu gaji masuk. Oleh itu,barangan perlu dibeli tanpa berlengah-lengah.
4.Membandingkan harga barangan dari satu tempat ke tempat yang lain
Jika kita tiada masa,kita boleh membeli di tempat A, kemudian pada bulan kedua kita membeli di tempat B. Dengan ini, kita boleh membuat perbandingan dengan bijak.
5.Membeli di pasar raya
Harga barang di pasar raya besar lebih murah berbanding dengan kedai runcit. Selain itu, jika kita membeli barangan keperluan harian dengan kuantiti yang banyak, kita akan mendapat potongan harga.
Isnin, 30 April 2012
Berhenti membeli-belah, Mulakan Kehiupan
Selamat sejahtera. Pada era globalisasi ini, pembangunan negara telah menyebabkan banyak pusat beli-belah dibina di negara kita terutamanya di bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Putrajaya dan sebagainya.Bilangan pusat beli-belah di negara kita semakin bertambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pusat beli-belah seperti Jusco, Pavilion, Berjaya Timesquare yang mempunyai kemudahan yang canggih seperti penghawa dingin, lif dan lain-lainnya telah menarik perhatian pembeli untuk bersiar-siardi pusat beli-belah tersebut.Terdapat banyak pembeli suka meluangkan masa mereka untuk bersiar-siar di pusat beli-belah dan menghabiskan wang mereka untuk membeli barang keperluan , barangan berjenama terutamanya pakaian berjenama.Tidak dapat dinafikan, mutakhir ini, terdapat banyak pengguna kad kredit mengalami muflis disebabkan menggunakan wang yang terlalu banyak semasa membeli-belah di pusat beli-belah sehingga mereka tidak menyedari mereka telah membeli melebihi kemampuan mereka. Akibatnya, mereka terpaksa meminjam daripada lintah darat dan tidak dapat melangsaikan hutang mereka. Rentetan itu ,untuk mengelakkan diri daripada menghadapi masalah kewangan, slogan 'Berhenti membeli-belah,mulakan kehidupan' perlu dijadikan pegangan dalam kehidupan kita.
Walaupun membeli-belah dapat memenuhi keperluan kita dan menyeronokkan kita, tetapi kalau kita tidak berbelanja secara berhemah, kita akan menghadapi pelbagai masalah terutamanya masalah kewangan.Oleh sebab itu ,untuk mengelakkan pembaziran wang, kita perlu merancang perbelanjaan secara berhemah dan mengurangkan membeli-belah.Bak kata pepatah,' ingat sebelum kena,jimat sebelam habis'.Masyarakat juga perlu tidak menjadi hamba kepada nafsu ketika membeli-belah kerana ikut hati mati,ikut rasa binasa.
Persoalannya sekarang, apakah cara terbaik untuk kita berbelanja secara berhemah?Antaranya termasuklah:
1 Menyenaraikan barang-barang yang wajib dibeli
2 Jangan membawa kad kredit
Jangan sesekali membawa kad kredit ke pusat beli-belah. Hal ini akan menyebabkan kita membeli barangan yang tidak diperlukan selain berbelanja lebih.
3 Bawa wang yang secukupnya
4 Elak membeli barang yang tiada di dalam senarai
5 Cuba tawar menawar harga barangan

Sebelum kita keluar membeli barang, kita perlu menyenaraikan barangan yang hendak dibeli. Hal ini adalah untuk memastikan kita membawa wang yang secukupnya dan tidak membeli barangan yang tidak diperlukan. Selain itu,kita dapat menganggar bajet yang sedia ada.
2 Jangan membawa kad kredit
Jangan sesekali membawa kad kredit ke pusat beli-belah. Hal ini akan menyebabkan kita membeli barangan yang tidak diperlukan selain berbelanja lebih.
3 Bawa wang yang secukupnya
Bawalah wang tunai secukupnya. Jangan membawa wang yang lebih daripada sepatutnya. Hal ini demikian kerana kita akan mudah membeli barangan lain setelah melihat wang yang masih berbaki di dalam dompet kita.
4 Elak membeli barang yang tiada di dalam senarai
Janganlah membeli barang yang tiada di dalam senarai. Jika kita rasa benda itu perlu,kita boleh memasukkannya di dalam senarai bulan depan dan membeli pada bulan tersebut.
5 Cuba tawar menawar harga barangan
Sudah tentu kita tidak boleh tawar menawar harga barangan di pusat beli-belah tetapi jika kita membeli barangan keperluan di pasar malam, kita boleh tawar-menawar harga barangan. Kita tidak akan rugi sebaliknya kita a untung kerana dapat mengurangkan perbelanjaan pada bulan itu.
Langgan:
Catatan (Atom)