Blogger Widgets

Berhenti Membeli-belah

Selasa, 22 Mei 2012

Janganlah membazir wang untuk barang yang tidak sihat

     Marcapada ini, terdapat banyak orang suka membazir wang untuk membeli barang-barang yang akan menjejaskan kesihatan badan.Bak kata pepatah,badan sihat otak cergas.Oleh itu, untuk menjimat wang dan menjaga kesihatan, kita perlu mengawal hawa nafsu semasa membeli-belah agar tidak membeli barang yang tidak diperlukan.


Contoh barang yang akan menjejaskan kesihatan manusia:
1 Snek dan gula-gula


Seseorang yang makan terlalu banyak gula-gula dan snek mudah menghidapi penyakit kencing manis (Diabetes).Hal ini demikian kerana gula-gula dan snek mempunyai kandungan gula yang tinggi.



2 Rokok
Sekotak rokok bukan sahaja mahal malah mendatangkan banyak keburukan kepada manusia.Seseorang yang selalu merokok akan menghidapi kanser paru-paru, bronkitis dan sebagainya.



3 Makanan segera
Makanan segera merupakan punca utama obesiti manusia.Walaupun harganya mahal tetapi terdapat banyak orang suka membeli makanan segera kerana makanannya sedap.Walaubagaimanapun,makanan segera menjejaskan kesihatan manusia.


4 Minuman ringan
Minuman ringan mempunyai kandungan gula yang tinggi.Minuman ini juga menyebabkan manusia mudah manghidapi kencing manis. 


5 Alkohol


Harga alkohol bukan sahaja mahal malah membawa banyak penyakit kepada manusia.Seseorang yang sering meminum alkohol akan menghidapi sakit jantung, batuk kering dan sebagainya.Selain itu,meminum alkohol juga melemahkan sistem pertahanan badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan