Blogger Widgets

Berhenti Membeli-belah

Ahad, 6 Mei 2012

Kebaikan Amalan Berbelanja Secara Berhemah




     Pengguna yang bijak merupakan pengguna yang bijak dalam merancang perbelanjaan, melakukan perbandingan harga dan meneliti maklumat produk.Sebenarnya, amalan berbelanja secara berhemah sememangnya memberikan manfaat yang besar. Oleh itu, amalan ini perlu disuburkan dalam kalangan masyarakat. 
     Antara kebaikan amalan ini termasuklah:



1.Menjimatkan wang perbelanjaan

      Dengan berbelanja secara berhemah,kita akan membeli barang yang perlu sahaja.Dengan ini, kos perbelanjaan setiap bulan akan dikurangkan.


2.Mengurangkan beban hutang
     Jika kita berbelanja mengikut kemampuan,kita tidak akan menanggung sebarang beban hutang.Bak kata pepatah, ukur baju di bdan sendiri.Kehidupan kita pada masa depan akan lebih cerah jika kita tidak mempunyai beban hutang.


3.Membantu negara mengurangkan masalah inflasi
       Inflasi bermaksud kenaikan harga barangan secara berterusan di pasaran. Permintaan masyarakat yang berlebih-lebihan akan menyebabkan kadar inflasi terus meningkat .Hal ini akan merugikan pengguna.Oleh itu , kita perlulah mengurangkan membeli-belah untuk mengurangkan masalah inflasi di negara kita.


4.Mengelakkan ditipu oleh penjual
   Pembeli yang berbelanja secara berhemah akan membandingkan harga produk dan mendapatkan maklumat produk daripada media massa.Hal ini dapat mengelakkan penipuan daripada peniaga yang tidak jujur.


5.Menggalakkan amalan menabung
     Dengan berbelanja secara berhemah, kita akan mempunyai baki wang perbelanjaan untuk disimpan.Simpanan ini dapat digunakan semasa waktu kecemasan.Dengan ini,masa hadapan kita dapat dijamin.







1 ulasan: