Blogger Widgets

Berhenti Membeli-belah

Sabtu, 5 Mei 2012

Panduan Membeli Barang Keperluan Harian

     Dengan peningkatan harga barang,tindakan yang bijak perlu diambil semasa membeli-belah terutamanya membeli barang keperluan seharian.Tamsilnya, pakaian dan makanan.Membeli tanpa perancangan akan mewujudkan sikap boros dan membazir.Oleh itu, kita perlu mejadi pembeli dan pengguna yang bijak.



Berikutnya merupakan panduan membeli barang keperluan harian:

1. Membeli  dalam jumlah yang banyak
Walaupun harga barang keperluan harian lebih mahal jika membeli dalam jumlah yang banyak tetapi jika dikira secara lebih terperinci, harganya lebih murah dan jimat. Contohnya, jika purata beras setiap bulan ialah 10kg, kita boleh membeli 10kg beras pada setiap hujung bulan. Lebih membazir jika kita membeli beras setiap minggu.

2.Merancang perbelanjaan

barang keperluanSebelum keluar dari rumah, sediakan satu senarai barang yang perlu dibeli. Beli barang yang ditulis sahaja dan tidak terlebih beli. Dengan cara ini, kita dapat menjimatkan duit dan juga masa.

3. Membeli pada awal bulan

Pada awal bulan merupakan waktu gaji masuk. Oleh itu,barangan perlu dibeli tanpa berlengah-lengah. 

4.Membandingkan harga barangan dari satu tempat ke tempat yang lain

 Jika kita tiada masa,kita boleh membeli di tempat A, kemudian pada bulan kedua kita membeli di tempat B. Dengan ini, kita boleh membuat perbandingan dengan bijak.

5.Membeli di pasar raya

Harga barang di  pasar raya besar lebih murah berbanding dengan kedai runcit. Selain itu, jika kita  membeli barangan keperluan harian dengan kuantiti yang banyak, kita akan mendapat potongan harga.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan